Aktiviti Syarikat

PENANAMAN CILI

Syarikat Gt Mustang Enterprise memulakan perniagaan dengan pembukaan ladang kontrak cili di Kedah dan Pahang, hingga sekarang syarikat memiliki 4 ladang kontrak yang berkeluasan 2 hingga 10 ekar dan 270 ladang kontrak yang berkeluasan tidak melebihi setengah ekar setiap satu. Anggaran keluasan keseluruhan kawasan ladang kontrak seluas 120 ekar.

Pembukaan kesemua ladang kontrak adalah di atas tanaman cili dari jenis Cili Api (Capsicums Minumam) dan juga Cili Besar (Capsicums Annum). Setiap jenis cili ini ditanam dengan anggaran 1000 hingga 1500 pokok untuk keluasan 1 ekar ladang, iaitu dengan jarak tanaman 90cm (30 inci) antara pokok dan 150cm antara baris.

Cili Api (Capsicums Minumam)
Buah cili api
  • Cili Api ialah jenis renek dan tumbuh setinggi 0.6 hingga 1 meter dan mempunyai cabang-cabang yang rendang. Daunya halus, berbentuk lelembing dan bergagang panjang. Buahnya kecil, bujur tirus 1 hingga 2 cm panjang.
Cili Besar (Capsicums Annum)
  • Cili Besar ialah jenis besar sedikit dari pokok cili api. Daun, bunga dan buahnya pun lebih besar iatu 7.5 cm panjang.


TANAMAN TEMBIKAI JENIS ROCK MELON 
TANAMAN SECARA FERTIGASI ATAU KONVENSIONAL

BUAH ROCK MELON YANG TELAH DITUAI

Kaedah tanaman secara fertigasi merupakan suatu kaedah tanaman moden yang mula mendapat perhatian di Malaysia. Salah satu daripada tanaman tersebut merupakan tanaman buah-buahan Rock Melon.
GT MUSTANG ENTERPRISE merupakan pengusaha tanaman ini yang mana ia semakin dikenali dan mendapat sambutan yang amat baik di Malaysia pada masa kini.
Di antara kebaikan kaedah fertigasi ialah penggunaan dan kawalan pembajaan serta pengairan yang optimum yang boleh dikawal mengikut kesesuaian tanaman.
Selain daripada mengusahakan tanaman Rock Melon, kami juga menyediakan latihan dan pakej tanaman fertigasi kepada mana-mana pihak yang berminat.




TERNAKAN LINTAH
Lintah yang diternak adalah dari jenis Lintah Hijau dan Lintah Coklat, ternakan lintah yang dijalankan adalah menggunakan kaedah ternakan kanvas dan juga kaedah ternakan tangki air.

lintah coklat


lintah hijau
Lintah Coklat:
  • Kurang agresif
  • Terdapat di sawah
Lintah Hijau:
  • Lintah yang agresif
  • Terdapat di sungai, paya kawasan air tenang

Penggunaan tangki fiber sebagai kaedah penternakan lintah

tangki fiber

penggunaan pasu sebagai perumah di dalam tangki
Untuk menyiapkan satu set kaedah ternakan tangki fiber memerlukan bahan-bahan seperti:
  1. Tangki Fiber
  2. Net
  3. Span
  4. Orchid Net
  5. Paip Air
  6. Pasu (sebagai perumah)
  7. Batu Sungai
  8. Tumbuh Tumbuhan Air
  9. Chlorine Tester
  10. Anti Chlorine


Sistem Fertigasi

Fertigasi: Maksud sebenar dalam sains pertanian “Cara Pemberian Makanan Kepada Tanaman”
Fertigasi Autopot bermaksud “ Kaedah terkini,iaitu apabila  baja lengkap dalam bentuk nutrient diagihkan ke dalam bentuk larutan nutrient diagihkan ke pot tanaman melalui sistem pengairan (titisan)”
Keperluan paras air atau larutan nutrient dikawal oleh smart valve. Pokok ditanam dalam polibeg yang mengandungi serpihan batu-batan dan polibeg ini diletak dalam autopot.
Autopot dibuat daripada High Density Poliethelin (HDPE) dan jangka hayatnya tahan selama lebih kurang 5-10 tahun.

Tanaman yang paling sesuai dan ekonomik ditanam adalah tanaman jenis Rock Melon,Chili, Dan Tomato kerana seiring dengan keadaan harga pasaranya yang agak tinggi dan permintaan yang mantap sepanjang tahun.  
Timun jepun, Terung, Kacang Bendi, Kacang Panjang, Peria, Petola dan bunga-bungaan juga boleh ditanam menggunakan kaedah ini.
Kaedah Fertigasi Secara Autopot:
1.       Rumah pelindung hujan
2.       Sistem pengairan.
3.       Baja (Khas) untuk fertigasi,
4.       Peralatan pHdan EC meter.
5.       Sumber air bersih
6.       Bekas tanaman di ladang semaian. (Polibeg & Autopot)
7.       Media tanaman (Pecahan batu-batan)
8.       Biji benih terpilih.
Kaedah Penanaman
Penyedian Larutan Stok: Terdapat dua kaedah, iaitu yang pertama ialah dengan menggunakan larutan baja yang sudah dijual dan dikhaskan untuk sistem Fertigasi, dan yang kedua yang dengan menggunakan kaedah secara manual.
 Kaedah Penyedian Stok Dengan Menggunakan Baja Yang Dikhaskan
a)      Terdapat dua stok, iaitu stok A dan B
b)      Campuran baja A dilarutkan ke dalam air berukuran 100 liter dalam bekas Stok A .
c)       Campuran baja B juga dilarutkan ke dalam air berukuran 100 liter dalam bekas Stok B
d)      Kemudian disimpan di tempat yang teduh dan tidak terlalu terdedah kepada cahaya matahari.

Kaedah Kedua Penyediaan Stok Baja Dengan Menggunakan Kaedah Secara Manual

Sediakan Formulasi Ini Terlebih Dahulu Dalam Sebuah Bekas ( Bekas C):

Set A
Kuantiti (g)
Kalsium Nitrat
Iron (EDTA)
18,720
328
Kalium Nitrat
Monokaliumhydrogen Fosforan
Magnesium Sulfate
Manganese Sulfate
Asid Borik
Zingkam Sulfat
Kuprum Sulfate
Ammonium Molibate
16,240
5,260
9,840
30
60
4.4
1.56
0.36
            Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia
Kemudian:
a)      Masukkan Set A Ke Dalam Bekas A berukuran 100 liter air.
b)      Masukkan Set B Ke Dalm Bekas B berukuran 100 liter air.
c)       Masukkan kedua-dua larutan ke dalam tangki C mengikut kepekatan yang ditetapkan. Rujuk Jadual di bawah.
 Penting:
Prestasi perkembangan tanaman adalah bergantung kepada kepekatan larutan yang diberikan. Kepekatan yang terlalu tinggi ataupun rendah akan menyebabkan berlaku masalah kepada tanaman, sama ada terbantut ataupun mati akibat kandungan bahan larutan yang terlalu tinggi. Berikut adalah cadangan kepekatan daripada Jabatan Pertanian Malaysia:
Umur Pokok
(Minggu)
Kepekatan (EC)
Tangki c
Kepekatan (EC)
Autopot
1-2
2-4
4-6
6-7
8-9
>10

1.6
1.7
1.8
1.9
2.0-2.2
2.4-2.5
1.7
1.8
1.9
2.0
2.3-2.5
2.6-3.0

Semaian Anak Benih
a)      Sebiji benih ditanam di dalam media Jiffy 7 ( Dibuat daripada cocopeat) yang direndam di dalam air.
b)      Sediakan polibeg berlubang berisikan batu-batan.
c)       Anak benih bersama-sama dengan Jiffy 7 dipindahkan ke dalam polibeg
d)      Polibeg Diletakkan ke dalam pot.


Penjagaan
a)      Menyukat konduktiviti (E.C).
b)      Menyukat pH larutan baja.
c)       Menyembur racun serangga dan kulat.
d)      Membuang tunas air,akar yang berlebihan di dalam autopot.
e)      Membuat terillis
f)       Memilih serta membalut buah dan mengutip hasil.
Kebaikkan Sistem Fertigasi Autopot
a)      Mengelak serangan penyakit, perosak, dan rumpai daripada tanah dan media.
b)      Hasil pengeluaran yang tinggi.
c)       Pertumbuhan pokok yang sekata.
d)      Penjimatan air dan baja sebanyak 30%.
e)      Boleh diusahakan 4-5 kali setahun.
f)       Hayat simpanan (Shelf Life) buah yang lebih lama.

Menjamin kesuburan dan hasil pokok
Baja dialirkan terus ke dalam pasu

Penggunaan sabut kelapa sebagai
medium tanaman
Menjimatkan kawasan tanaman